Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kerajaan peruntuk RM1 juta, membaiki jambatan gantung
Nasional

Kerajaan peruntuk RM1 juta, membaiki jambatan gantung

Kerajaan peruntuk RM1 juta, membaiki jambatan gantung

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat kejadian bencana dan laporan kewangan Sabah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di Sandakan

SANDAKAN, 21 Julai- Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1 juta bagi membina semula jambatan gantung di Penampang dan Tuaran yang rosak akibat banjir, baru baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu diambil selepas melihat kepada keperluan mendesak memandangkan laluan itu amat penting kepada masyarakat setempat di kedua-dua daerah terlibat.

Langkah itu merupakan tindakan proaktif susulan bencana banjir yang melanda beberapa daerahsebelum ini.

\”Beberapa bantuan yang telah diperbincangkan tadi, petamanya terdapat empat jambatan yang runtuh terutama di Penampang.

\”Itu kita akan lakukan pembinaan secepat mungkin,\” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi taklimat kejadian bencana dan laporan kewangan Sabah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah di sini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata, beliau juga telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menempatkan tiga set jambatan keluli bermodular sepanjang 39 meter yang mampu menampung beban seberat 50 tan pada satu-satu masa.

Kemudahan itu adalah langkah persediaan sekiranya wujud keperluan segera bagi menggantikan jambatan runtuh.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan persekutuan turut memperuntukkan RM10 juta bagi menangani kesan cuaca kemarau di seluruh negara.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...