Home Nasional Kerajaan Persekutuan, Terengganu percepat usaha atasi hakisan pantai
Nasional

Kerajaan Persekutuan, Terengganu percepat usaha atasi hakisan pantai

Kerajaan Persekutuan, Terengganu percepat usaha atasi hakisan pantai

Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 11 Mac- Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak bagi menangani isu hakisan pantai yang semakin kritikal khususnya di Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi mempercepatkan pelaksanaan projek pemuliharaan pantai.

\”Melalui jawatankuasa ini, kita dapat berbincang dan mencari jalan untuk mempercepatkan proses supaya projek pemuliharaan pantai dapat dilaksanakan dengan segera.

\”Jika tertangguh, hakisan akan menjadi lebih teruk dan akhirnya menjejaskan kesejahteraan masyarakat setempat,\” katanya menjawab soalan tambahan Senator Che Alias Hamid dalam sesi Dewan Negara hari ini.

Menurut beliau, hakisan pantai yang berlaku setiap kali musim tengkujuh bukan sahaja menyebabkan kehilangan tanah, malah memberi cabaran kepada kerajaan negeri dalam proses pelupusan tanah untuk projek berkaitan.

Proses yang mengambil masa lama itu boleh menjejaskan kelancaran pembinaan dan meningkatkan risiko kerosakan lebih besar kepada kawasan terlibat.

Selain itu, Fadillah menegaskan kepentingan libat urus dengan masyarakat setempat bagi meningkatkan kesedaran tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam menghadapi hakisan pantai akibat cuaca ekstrem.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...