Home Nasional Kerajaan Perpaduan mampu menang PRU jika kekal bersatu
Nasional

Kerajaan Perpaduan mampu menang PRU jika kekal bersatu

Kerajaan Perpaduan mampu menang PRU jika kekal bersatu

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Bernama

SEREMBAN, 22 Disember – Kerajaan Perpaduan berpotensi memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) sekiranya aspek kesetiaan kepada parti dan perpaduan terus diberi keutamaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional akan terus komited bersama Kerajaan Perpaduan demi mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil sehingga PRU akan datang.

“Kita perlu kekalkan perpaduan sedia ada. Kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan akan diteruskan sehingga PRU-16.

“Kita juga perlu memastikan kerajaan perpaduan di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia kekal stabil. Dengarlah pendapat menteri-menteri BN yang berpengalaman kerana mereka memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan ini,” katanya semasa berucap pada Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024, di sini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi BN dan Pengerusi Penyelaras BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kenyataan itu merujuk kepada pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan untuk memenangi PRU jika diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut melahirkan rasa puas hati terhadap prestasi menteri-menteri BN dalam memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....