Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Kerajaan perlu pertingkat dana bagi hadapi ancaman kesihatan masa depan
Nasional

Kerajaan perlu pertingkat dana bagi hadapi ancaman kesihatan masa depan

Kerajaan perlu pertingkat dana bagi hadapi ancaman kesihatan masa depan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzlkefly Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Julai-Dana secukupnya perlu disediakan bagi mendepani ancaman kesihatan yang dijangka berlaku pada masa depan.

Ini termasuk kebimbangan akan ancaman kesihatan Rintangan Antimicrobial (AMR).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzlkefly Ahmad berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pelaksanaan Dana Kesihatan Negara bagi tujuan berkenaan.

\”Mustahak untuk kesiapsiagaan kewangan bagi mana-mana negara perlu dibuat persiapan agar hal Universal health Coverage tidak meninggalkan sesiapa pun termasuk pandemik.

\”Justeru, muastahak untuk kerajaan membuat persiapan dengan Dana Kesihatan Negara\”, katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaitan mengenai persediaan negara mendepani AMR di Parlimen hari ini.

AMR dijangka menjadi cabaran utama untuk sektor kesihatan global yang mengurangkan kesan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk menangani infeksi.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...