Home Nasional Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan – Fahmi
Nasional

Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan – Fahmi

Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan – Fahmi

Foto: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Dalam catatan di Facebooknya, Fahmi memaklumkan pagi ini pihaknya mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

“Insya-Allah kita akan usahakan yang terbaik untuk memastikan internet termasuk media sosial lebih selamat untuk semua,” katanya.

Fahmi sebelum ini berkata terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

BERITA BERKAITAN

  • Buli siber pempengaruh Esha: Dua didakwa
  • Pemandu lori disyaki buli, ugut Esha di TikTok ditahan
  • Teliti pindaan RUU buli siber agar sesuai dengan keperluan semasa
  • Laksana undang-undang baharu buli siber, peruntuk hukuman lebih setimpal
  • Lima faktor lahirnya pembuli siber

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....