Home Nasional Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Nasional

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI

Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 16 Januari – Kerajaan Pahang akan membangunkan Pusat Data Kecerdasan Buatan (AIDC) sebagai platform baharu perniagaan secara dalam talian berasaskan produk pertanian yang dijangka mula dilaksanakan pada Januari 2026.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.

“Projek menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) ini akan memanfaatkan teknologi pengkomputeran awan dan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui pembangunan pusat data pengkomputeran pintar berskala besar serantau serta menggalakkan pembangunan industri digital negara.

“Ini sekali gus dapat membantu pengusaha memasarkan produk pertanian mereka serta merancakkan lagi ekonomi negeri Pahang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata kerajaan Pahang juga menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada semalam bersetuju membangunkan projek perumahan Pangsapuri Pahangku di kawasan berhampiran stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Bentong.

Beliau berkata projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik dan selesa kepada rakyat Pahang khususnya kepada golongan muda selain memanfaatkan sistem pengangkutan ECRL.

Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri juga telah merangka pembangunan berorentasikan transit (TOD) di setiap stesen ECRL seperti pusat komersial, perumahan, pusat pendidikan serta projek komuniti.

“Projek ini dijangka memberikan impak positif kepada pembangunan sosioekonomi di Bentong dengan mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan keselesaan hidup rakyat serta memperkukuh jaringan infrastruktur perumahan dan pengangkutan.

“Saya amat berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan baik agar manfaatnya diterima oleh rakyat negeri ini,” katanya.
– BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....