Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kerajaan MADANI akan terus perkasa agenda, memudah cara perniagaan – PM
Nasional

Kerajaan MADANI akan terus perkasa agenda, memudah cara perniagaan – PM

Kerajaan MADANI akan terus perkasa agenda, memudah cara perniagaan – PM

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda dan memudah cara perniagaan, meskipun negara mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) antara Kerajaan Persekutuan dan negeri yang ke-45, hari ini.

Menerusi mesyuarat itu, perbincangan melibatkan rancangan pembangunan bandar, desa dan guna tanah negara.

\”Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus memantapkan serta mewujudkan landskap pembangunan yang lebih holistik.

\”Pembabitan pihak kerajaan Persekutuan, kerajaan Negeri serta pihak berkuasa tempatan harus dipertingkat dengan memberi kelulusan bagi menjadikan Malaysia tumpuan para pelabur,\” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Tambah Anwar, mesyuarat turut membincangkan mekanisme kawalan dan pengurusan bagi aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) bagi mengimbangi pulangan ekonomi tanpa menganggu kawasan hutan simpan.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...