Monday , 23 December 2024
Home Nasional Kerajaan lulus RM100 juta tambah baik fasiliti keselamatan sempadan di utara Semenanjung- PM Anwar
Nasional

Kerajaan lulus RM100 juta tambah baik fasiliti keselamatan sempadan di utara Semenanjung- PM Anwar

Kerajaan lulus RM100 juta tambah baik fasiliti keselamatan sempadan di utara Semenanjung- PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024, di sini hari ini.

PUTRAJAYA, 30 Julai- Sebanyak RM100 juta peruntukan tambahan diumum bagi penambahbaikan fasiliti keselamatan di sempadan utara Semenanjung melibatkan Kedah, Perlis dan Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dengan mengambil kira keadaan daif kebanyakan fasiliti keselamatan terutama di sempadan utara negara, beliau telah mengarahkan supaya proses pengurusan dan kewangan bagi tujuan itu dipercepatkan.

Menurut Anwar beliau akan bertemu Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di Sungai Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan hal keselamatan sempadan selain merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand.

\”Pada 3 Ogos ini saya akan bertemu Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin di Golok dan Rantau Panjang untuk membincangkan soal keselamatan sempadan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand,\” katanya pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024, di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata pembangunan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia, Nusantara perlu diberi tumpuan dan program tindakannya tidak boleh dilengahkan.

Justeru Perdana Menteri berkata beliau mahu laporan terkini dibentangkan kepada beliau dalam mesyuarat Kabinet Khamis ini mengenai perkembangan pembangunan kawasan berkenaan.

Pada 20 Januari tahun lalu, kerajaan mengumumkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur asas di sempadan Sarawak-Kalimantan susulan pembangunan ibu kota negara Indonesia yang baharu itu.

Peruntukan itu bagi membina Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) serta jalan raya di kawasan berdekatan sempadan.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...