Home Nasional Kerajaan komited perkasa usahawan baharu PKS
Nasional

Kerajaan komited perkasa usahawan baharu PKS

Kerajaan komited perkasa usahawan baharu PKS

Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 27 September- Kerajaan komited menyokong segala usaha membangunkan usahawan baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini bagi memastikan ekosistem keusahawanan terus mampan dan berkembang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa kementeriannya akan terus memperkasakan peranan sebagai kementerian peneraju pembangunan sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

\”Saya percaya kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pengajian dan organisasi berkaitan dapat menjadi asas kepada pembangunan ekonomi usahawan yang mampan.

\”Sokongan bersama ini akan memperkasakan usahawan kita agar dapat bergerak lebih jauh dan mencipta impak yang berkekalan,\” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024 di sini malam tadi.

Sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada 39.1 peratus pada tahun lepas berbanding 38.6 peratus pada 2022, didorong oleh keberkesanan dasar dan intervensi yang dilaksanakan kerajaan.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...