Home Nasional Kerajaan komited perkasa komuniti India melalui MITRA
Nasional

Kerajaan komited perkasa komuniti India melalui MITRA

Kerajaan komited perkasa komuniti India melalui MITRA

Pertemuan Perdana Menteri bersama pengurusan MITRA dan beberapa Ahli Parlimen mewakili masyarakat India hari ini/Foto PMO

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Perdana Menteri menegaskan komitmen kerajaan untuk memperkasa komuniti India di negara ini dengan meningkatkan pelbagai inisiatif menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian ketika dalam satu pertemuan beliau bersama pengurusan MITRA dan beberapa Ahli Parlimen mewakili masyarakat India hari ini.

“Saya tegaskan pendirian kerajaan untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini, khususnya menerusi MITRA.

\”Ini termasuklah menerusi peruntukan yang telah saya umumkan dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India,\” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar turut mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperbanyakkan program berkaitan, yang akan diselia oleh Timbalan Menteri, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

“Semoga iltizam kerajaan serta sokongan semua pihak khususnya daripada pimpinan masyarakat India, akan terus memperkukuh MITRA dan merealisasikan hasrat untuk memartabatkan masyarakat India di negara ini,” tambah Anwar.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada MITRA untuk pelbagai inisiatif bagi memperkasakan komuniti India.

Ini termasuk program-program pembiayaan perniagaan, bantuan pendidikan, dan subsidi sosial yang ditujukan kepada golongan B40 dan M40.

MITRA juga merancang melaksanakan beberapa projek khusus, seperti bantuan lesen lori (GDL) dan subsidi pendidikan awal serta bantuan IPT untuk mengurangkan beban komuniti India yang memerlukan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....