Home Nasional Kerajaan komited kurangkan hutang negara melalui pengurangan pinjaman bersih tahunan
Nasional

Kerajaan komited kurangkan hutang negara melalui pengurangan pinjaman bersih tahunan

Kerajaan komited kurangkan hutang negara melalui pengurangan pinjaman bersih tahunan

Kerajaan komited untuk mengurangkan hutang negara yang diwarisi, mencecah RM1.5 trilion / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Kerajaan komited untuk mengurangkan hutang negara yang diwarisi, mencecah RM1.5 trilion.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu dilaksana melalui pengurangan pinjaman bersih tahunan daripada RM100 bilion pada 2021 dan 2022 kepada RM93 bilion pada 2023 dan menyasarkan RM86 bilionpada tahun ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh membatalkan semua hutang sekali gus kerana akan menjejaskan projek-projek bantuan kepada rakyat meliputi sekolah baharu dan universiti.

\”Kita tanggung hutang itu tinggi, sekarang ini 64 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ini jumlah yang memang melebihi daripada apa yang kita rasakan membantu untuk menambat keyakinan pelabur asing atau domestik. Sasaran kita ialah untuk secara berperingkat menurun kepada sekurang-kurangnya 60 peratus,\” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tambah Anwar, defisit fiskal negara juga diturunkan secara berperingkat agar tidak menjejaskan projek-projek yang sedia dijalankan seperti projek membantu rakyat dan pembangunan.

Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa akan sentiasa mengeluarkan data-data ini bersama dengan Jabatan Statistik Negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....