Home Nasional Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah
Nasional

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah

Kerajaan bakal bangunkan Fiqh OKU, atasi kesukaran akses pendidikan agama dan isu ibadah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan/ Foto RTM

KLANG, 14 Disember-Fiqh Orang Kurang Upaya (OKU) akan dibangunkan untuk mengatasi isu kesukaran mengakses pendidikan agama golongan itu dan bagi menjawab pelbagai isu berkaitan pelaksanaan ibadah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata namun begitu ia perlu bersifat inklusif supaya keperluan dan kekangan yang dihadapi oleh golongan itu difahami dan disantuni oleh masyarakat awam.

\”Kita ingin menumpukan untuk membangunkan feqah OKU iaitu fiqh untuk menjawab iaitu pengetahuan agama , dari segi ibadahnya, aspek pelaksanaan ibadahnya, fardhu ainnya, fardhu kifayah.

\”Ini sebenarnya feqah bukan untuk OKU sebenarnya dan juga untuk orang awam supaya menyantuni dan memahami keperluan orang OKU di masjid dan sebagainya\”, katanya emikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari OKU peringkat UiTM 2024 di sini.

Tambahnya, perbincangan sedang dilakukan dan akan melibatkan kerjasama daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan serta dirancang dilaksanakan menerusi pelbagai platform media dan program seperti seminar dan penerbitan buku.

Pada majlis sama, beliau turut menyaksikan penyerahan simbolik 250 buku Braille kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak Shah Alam yang telah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai ‘ Most Digitized Books in Programme’ melalui projek Braillethon.

Turut disampaikan dalam majlis itu beberapa anugerah khas sebagai penghargaan, galakan dan pengiktirafankepada sumbangan dan pencapaian warga OKU UiTM.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....