Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Keputusan Speaker terhadap bekas enam Ahli Parlimen Bersatu ikut Perlembagaan Persekutuan
Nasional

Keputusan Speaker terhadap bekas enam Ahli Parlimen Bersatu ikut Perlembagaan Persekutuan

Keputusan Speaker terhadap bekas enam Ahli Parlimen Bersatu ikut Perlembagaan Persekutuan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA NERUS, 13 Julai-Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengekalkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen BERSATU adalah suatu keputusan yang dibuat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi yang berlaku terhadap Bersatu itu berbeza dengan Perlembagaan UMNO yang menghalang ahli Parlimen parti itu mengubah sokongan.

\”Kita tahu bahawa situasi itu berbeza dgn kedudukan ahli-ahli parlimen BN kerana ahli-ahli parlimen menandatangani tiga dokumen sebelum menerima watikah menjadi calon, dan jika mereka keluar daripada parti mereka perlu bayar RM100 juta.

Ia dilakukan sebelum mereka kemukakan kertas pencalonan. Berbeza dengan situasi Bersatu, pindaan parti dibuat iaitu enam ahli parlimen menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri\”, kata Zahid.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, Terengganu.

Pada 10 Julai lalu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu menerima surat daripada Johari pada lewat petang 9 Julai yang menyatakan tidak berlaku kekosongan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Enam Ahli Parlimen yang terkait dengan isu terlibat adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...