Home Nasional Keperluan tenaga boleh baharu semakin meningkat
Nasional

Keperluan tenaga boleh baharu semakin meningkat

Keperluan tenaga boleh baharu semakin meningkat

Datuk Seri Fadillah berucap pada Majlis Jamuan Jalinan Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam, Badan Bukan Kerajaan Siam dan Ketua-Ketua Agensi di Sungai Petani / FOTO BERNAMA

SUNGAI PETANI, 5 Oktober- Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.

Timbalan Perdana Menteri Datuk SeriFadillahYusof berkata situasi berkenaan memberi cabaran kepada kerajaan dalam memastikan permintaan itu dapat disediakan, selain keperluan bekalan air untuk para pelabur.

\”Sekarang ini di Johor sahaja permintaan tenaga boleh baharu adalah lebih kurang 8,000 megawatt,dan begitu juga bekalan air untuk menyejukkan pusat data. Maknanya kalau kita tidak bersedia, maka pelabur tidak akan datang. Sebab itu kita kena cari jalan bagaimana kita nak pastikan kita dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh pelabur-pelabur ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya pada Majlis Jamuan Jalinan Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam, Badan Bukan Kerajaan Siam dan Ketua-Ketua Agensi di Sungai Petani malam tadi

Beliauyang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata keadaan itumemerlukan rakyat khususnya golongan pekerja untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pelabur.

Dalam hal itu katanya, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan semasa.

Jelas Fadillah, tanggungjawab memastikan rakyat Malaysia dilengkapkan dengan ilmu kemahiran baharuharus digalas semua pihak agar ia dapat direalisasikan.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sidam Bau Wong Bau Ek.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...