Home Nasional Kepala air: Kereta hanyut, lapan kedai terjejas
Nasional

Kepala air: Kereta hanyut, lapan kedai terjejas

Kepala air: Kereta hanyut, lapan kedai terjejas

Tangkap layar video orang awam

LANGKAWI, 23 Ogos- Arus deras akibat kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh di sini tengah hari tadi menyebabkan sebuah kereta di parkir B, Oriental Village hanyut ke dalam sungai dan rosak teruk.

Kejadian pukul 12.50 tengah hari itu turut menjejaskan beberapa buah kenderaan lain serta lapan unit kedai di kawasan berkenaan selepas dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin dalam kenyataan berkata kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan sejak tengah malam sehingga tengah hari tadi.

Bagaimanapun kawasan terbabit dilapor kembali normal selepas hujan berhenti pada 2.40 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shariman Ashari berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian setakat pukul 5.00 petang tadi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....