Home Nasional Kepala air, 25 mangsa terperangkap berjaya diselamatkan
Nasional

Kepala air, 25 mangsa terperangkap berjaya diselamatkan

Kepala air, 25 mangsa terperangkap berjaya diselamatkan

Seramai 25 orang terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Selayang tengah hari tadi / Foto JBPM Selayang

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Seramai 25 orang terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pisang, Selayang dekat sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Mereka bagaimanapun berjaya dibawa keluar ke kawasan selamat oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.41 tengah hari dan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

\”Setibanya di tempat kejadian, usaha membawa keluar mangsa dijalankan oleh enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang. Mangsa terdiri daripada 20 warga tempatan dan lima warga Indonesia, dalam lingkungan umur 20 hingga 40 tahun,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Ahmad Mukhlis, ketika kejadian kesemua 25 mangsa sedang beriadah dan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Karak sebelum terperangkap di terowong sungai berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....