Tuesday , 19 November 2024
Home Nasional Kepala air: 19 terperangkap di Risda Eco Park selamat
Nasional

Kepala air: 19 terperangkap di Risda Eco Park selamat

Kepala air: 19 terperangkap di Risda Eco Park selamat

Foto JBPM

IPOH, 24 Ogos – Seramai 19 individu yang terperangkap akibat kejadian kepala air di Risda Eco Park Kg Ulu Slim berada dalam keadaan selamat, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya kini dalam keadaan tunggu sedia (standby) susulan jambatan untuk ke pusat rekreasi itu runtuh.

\”Mangsa terperangkap melibatkan 10 dewasa dan 9 kanak-kanak, kesemua mangsa berada di khemah masing-masing dilaporkan selamat dan stabil menurut sumber daripada pengurus tempat rekreasi berkenaan,\” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata air sungai belum surut dan pihaknya menunggu sehingga keadaan selamat untuk bergerak ke lokasi yang terletak kira-kira 800 meter dari jambatan berkenaan.

\”Tiada akses lain untuk menyeberangi seterusnya ke lokasi kejadian. Trend air menurun namun arus masih deras,\” katanya.

Terdahulu dilaporkan sekurang-kurangnya 109 individu terperangkap akibat kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata maklumat kejadian diterima pada 6.45 petang melibatkan Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil, Kampung Pasir Ulu Slim dan Eco Park Risda, Ulu Slim.

Beliau berkata insiden kepala air berlaku di Kampung Sungai Bill disusuli tempat rawatan air di Empangan Kampung Pasir Ulu Slim pecah berhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim.

Kejadian itu juga mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan iaitu Jambatan Utama Slim Village, Jambatan Ulu Slim dan Jambatan Kampung Piong dekat Sungai Bil. – BERNAMA

Related Articles

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion
Nasional

Lawatan sulung PM ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion

Anwar Ibrahim bersama Presiden Brazil, Lula da Silva pada Sidang Kemuncak G20...

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB
Nasional

Malaysia cadang reformasi Majlis Keselamatan PBB

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimRIO DE JANEIRO, 19 November- Malaysia mengusulkan reformasi menyeluruh...

Nasional

Malaysia seru tindakan global untuk tangani kelaparan & kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMARIO DE JANEIRO,18 November– Malaysia menyeru...

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah
Nasional

Pelajar Tingkatan Dua maut terjatuh bangunan sekolah

PDRMGEORGE TOWN, 19 November- Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua maut selepas dipercayai...