Home Nasional Kepakaran Space42 berpotensi tingkat keupayaan Malaysia
Nasional

Kepakaran Space42 berpotensi tingkat keupayaan Malaysia

Kepakaran Space42 berpotensi tingkat keupayaan Malaysia

Ahmad Zahid ketika lawatan ke Space42 /Foto FB Zahid Hamidi

DUBAI, 17 November- Kepakaran Space42, peneraju inovasi teknologi angkasa berpangkalan di Abu Dhabi, berpotensi besar meningkatkan keupayaan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini khususnya dalam memantau, bertindak balas dan mengurangkan impak bencana alam.

\”Teknologi yang dipacu menerusi kecerdasan buatan (AI), komunikasi satelit serta analitik geospatial, akan turut memperkukuhinfrastruktur komunikasi negara.

\”Seterusnya, memastikan rakyat Malaysia terus menikmati akses digital lebih meluas dan selamat,\” katanya di sini.

Ahmad Zahid bersama delegasi negara turut berkesempatan melawat ibu pejabat Space42 bersempena lawatan rasmi selama tujuh hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia menandakan langkah penting ke arah kerjasama lebih erat antara Kuala Lumpur-Abu Dhabi, dengan memanfaatkan teknologi canggih bagi memacu pertumbuhan mampan, meningkatkan ketahanan serta memperkukuhkerjasama serantau.

BERITA BERKAITAN:

  • Lawatan rasmi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke UAE bermula hari ini

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....