Home Nasional Kenderaan terbabas, warga emas nyaris maut
Nasional

Kenderaan terbabas, warga emas nyaris maut

Kenderaan terbabas, warga emas nyaris maut

Foto RTM

KUALA NERANG, 12 Ogos-Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kemalangan berlaku di Kampung Belimbing, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang dekat Padang Terap, Kedah kira-kira pukul 4 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang, PBK II Shahibudin Murad berkata setibanya di lokasi mendapati, sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas di kaki lima jalan dan terbalik.

Pihaknya mendapati seorang mangsa, lelaki warga emas tersepit di dalam kereta.

Beliau berkata anggota bomba mengeluarkan mangsa tersebut dengan mengumpil pintu kenderaan berkenaan.

Mangsa, Abdul Hadi Harun, 76 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan patah tangan kanan.

Mangsa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...