Home Nasional Kenderaan masuk laluan bertentangan, punca enam maut di Semporna
Nasional

Kenderaan masuk laluan bertentangan, punca enam maut di Semporna

Kenderaan masuk laluan bertentangan, punca enam maut di Semporna

FOTO FAIL

SEMPORNA, 13 Januari – Kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Jalan Semporna-Tawau di sini semalam berpunca daripada kereta dinaiki mangsa memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata, kereta dipandu lelaki berumur 34 yang dinaiki enam orang berumur antara enam bulan hingga 82 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Pemandu kereta parah, lima penumpang maut di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di unit kecemasan Hospital Semporna.

Beliau berkata kesemua enam mangsa masing-masing tiga lelaki dan perempuan mempunyai pertalian keluarga.

\”Kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 31 tahun manakala MPV dipandu lelaki berumur 29 tahun dalam perjalanan dari Semporna ke Tawau manakala kereta dari arah Tawau menuju ke Semporna,\” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Semporna Inspektor A Hemkkumar di talian 012-3650021 atau 089-782020.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....