Home Nasional Kenderaan gagal mematuhi Akta 715 akan disita, dilucut hak
Nasional

Kenderaan gagal mematuhi Akta 715 akan disita, dilucut hak

Kenderaan gagal mematuhi Akta 715 akan disita, dilucut hak

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan tindakan sita dan lucut hak kepada mana-mana kenderan yang gagal mematuhi peraturan bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu berikutan beberapa siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya melibatkan kenderaan perdagangan.

\”Menerusi tindakan tersebut pemilik syarikat atau kenderaan akan diambil tindakan bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali iaitu gagal memberikan keutamaan tinggi ke atas pengguna jalan raya lain.

\”Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda bawah bawah seksyen sama iaitu denda tidak kurang RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000.

\”Tindakan atas kesalahan itu juga, kenderaan terlibat boleh disita bawah Seksyen 80 Akta 715 selain kenderaan boleh dilucut hak sekiranya sabit kesalahan,\” menurut kenyataan itu.

Menerusi operasi khas berkenaan JPJ akan menumpukan kepada lima kesalahan iaitu lebih muatan, teknikal, dokumentasi, lalu lintas serta teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan.

Pada masa sama JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemandu atau pemilik kenderaan perdagangan yang gagal mematuhi peraturan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah-kaedah bawahnya, Akta Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...