Home Nasional Kempen Tukar Tong Sampah Beroda pendekatan perkasa kelestarian alam sekitar
Nasional

Kempen Tukar Tong Sampah Beroda pendekatan perkasa kelestarian alam sekitar

Kempen Tukar Tong Sampah Beroda pendekatan perkasa kelestarian alam sekitar

Mohd Nur Izham Ahmad

JOHOR BAHRU, 31 Julai- Kempen Tukar Tong Sampah Beroda yang dilaksanakan SWM Environment, sejak Jun lalu sebagai pendekatan bagi memperkasakan lagi usaha ke arah kelestarian alam sekitar di Johor.

Pengurus Kawasan Servis Johor Selatan 1 SWM Environment Mohd Nur Izham Ahmad berkata, usaha itu dilakukan bagi menggantikan tong sampah beroda yang rosak, agar aspek pengurusan sisa buangan menjadi lebih efisien.

Bagaimanapun penukaran tong sampah beroda itu dilaksanakan secara berperingkat ke seluruh perumahan melibatkan 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor.

Ia membabitkan tong-tong sampah yang melebihi tempoh 10 tahun akan ditukar dengan tong baharu, dilengkapi nombor siri, bagi memenuhi standard terbaik dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

\”Jadi setiap tong sampah itu merupakan aset kerajaan yang diberikan dan ianya jika rosak akan digantikan secara percuma. Untuk setiap pemilik kediaman, perlu mendaftarkan tong-tong sampah mereka di laman portal e-bin SWM Environment bagi kemudahan pihak kita untuk memproses permohonan dan pertukaran tong sampah ini,\” katanya kepada pemberita di sini.

Namun bagi merealisasikan perkara itu kerjasama daripada pemilik diperlukan bagi memastikan tong sampah beroda berada di luar pagar kediaman bagi memudahkan proses pertukaran.

Pihaknya juga berharap masyarakat khususnya di Johor dapat memanfaatkan kemudahan tong sampah beroda yang dibekalkan dengan melaksanakan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, mengikut jadual ditetapkan.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...