Home Nasional Kementerian Pertahanan nafi dakwaan pemberhentian pemimpin ATM
Nasional

Kementerian Pertahanan nafi dakwaan pemberhentian pemimpin ATM

Kementerian Pertahanan nafi dakwaan pemberhentian pemimpin ATM

Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pemberhentian pemimpin ATM / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Januari – Kementerian Pertahanan menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung pemberhentian Panglima Angkatan Tentera (PAT), Panglima Tentera Darat (PTD), Panglima Tentera Laut (PTL), dan Panglima Tentera Udara (PTU) yang dikaitkan dengan kontrak helikopter bernilai RM16 bilion.

Kementerian mengesahkan tiada kaitan antara pemberhentian atau pertukaran panglima-panglima ATM dengan proses pajakan helikopter seperti yang dihebahkan.

\”Bagi menangani penyebaran maklumat palsu ini, laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak polis. Tindakan sewajarnya sedang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih tersebut.

“Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan berita tular di media sosial kerana ia boleh membentuk persepsi negatif terhadap pertahanan negara dan menggugat keamanan,” menurut kementerian itu menerusi kenyataan.

Kementerian turut menegaskan bahawa penyebaran berita palsu adalah kesalahan undang-undang dan boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....