Home Nasional Kementerian Komunikasi umumkan Pakej RAHMAH Prabayar untuk pelajar ke IPTA
Nasional

Kementerian Komunikasi umumkan Pakej RAHMAH Prabayar untuk pelajar ke IPTA

Kementerian Komunikasi umumkan Pakej RAHMAH Prabayar untuk pelajar ke IPTA

Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media ketika menghadiri Program Institut Perhubungan Awam Malaysia ( IPRM), Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi di Putrajaya

PUTRAJAYA, 16 Julai- Pakej RAHMAH Prabayar siswa khusus untuk lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam diperkenal.

Pakej serendah RM30 untuk 30GB dengan tempoh sah selama 180 hari itu bagi mengurangkan beban kos sara hidup mahasiswa dan Pelajar Institut Latihan Kemahiran Awam.

Pakej khas itu boleh dilanggan bermula 16 ogos.

Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, inisiatif itu dilaksana hasil kolaborasi bersama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

“Pakej RAHMAH Prabayar Siswa ini boleh dilanggan mulai 16 Ogos 2024 menerusi lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES). Pakej ini ditawarkan pada harga lebih rendah, iaitu tidak melebihi RM30 dengan minimum permulaan data sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Institut Perhubungan Awam Malaysia ( IPRM) , Persidangan Etika dan Tanggungjawab Komunikasi di Putrajaya.

Program diadakan sempena Hari Perhubungan Awam Sedunia dan dihadiri peserta daripada 17 universiti tempatan.

Related Articles

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik
Nasional

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing/ BERNAMAKUALA LUMPUR,...

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur
Nasional

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 48...

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan...

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTMALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...