Home Nasional Kementerian Digital komited transformasi digital ke insitusi pendidikan
Nasional

Kementerian Digital komited transformasi digital ke insitusi pendidikan

Kementerian Digital komited transformasi digital ke insitusi pendidikan

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menghadiri program #IkhlasMYNIC Transformasi Pemerkasaan Komuniti dan Institusi Pendidikan ke arah Digitalisasi di Petaling Jaya/Foto Facebook Gobind Singh

PETALING JAYA, 22 September – Kementerian Digital komited untuk memperluaskan usaha transformasi digital ke lebih banyak institusi pendidikan di seluruh negara bagi memastikan masyarakat tidak ketinggalan dalam era digital.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata langkah ini akan melahirkan golongan yang fasih digital serta memberikan akses teknologi kepada lebih ramai pelajar.

Menurut Gobind, fasa awal transformasi ini telah dimulakan dengan Maahad Tahfiz di sekitar Damansara sebagai perintis program.

\”Langkah ini selaras dengan Dasar Pendidikan Digital kerajaan, untuk memastikan semua lapisan masyarakat menerima manfaat pendidikan digital

\”Usaha transformasi digital oleh MYNIC ini akan dikembangkan kepada lebih banyak institusi pendidikan pada masa akan datang, di mana lebih banyak sekolah-sekolah akan menerima manfaat sekali gus memberi contoh yang baik kepada agensi serta organisasi yang lain dalam menjaga kebajikan dan pembangunan rakyat ujarnya,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program #IkhlasMYNIC Transformasi Pemerkasaan Komuniti dan Institusi Pendidikan ke arah Digitalisasi di Petaling Jaya pada Sabtu.

Transformasi ini juga akan diteruskan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat MYNIC, yang bakal melibatkan lebih banyak sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, Kampung Masjid Pekan Sungai Buloh turut dipilih menerima Geran Pembangunan Digital bernilai RM31,500, yang akan digunakan untuk latihan membangunkan premis digital dan sistem e-Dagang.

\”Geran ini adalah langkah awal untuk meningkatkan kesejahteraan dan ekonomi penduduk melalui teknologi,\” tambahnya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....