Home Nasional Kementerian dan jabatan diarah tubuh JP4, pantau perkhidmatan
Nasional

Kementerian dan jabatan diarah tubuh JP4, pantau perkhidmatan

Kementerian dan jabatan diarah tubuh JP4,  pantau perkhidmatan

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Anesee Ibrahim

PUTRAJAYA, 21 Ogos– Setiap kementerian, jabatan dan agensi perlu menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan (JP4) untuk memantau pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di peringkat masing-masing.

Arahan ini, susulan penekanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos lepas, mengenai kepentingan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan kadar segera.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Anesee Ibrahim berkata perkara itu melibatkan proses kerja sedia ada yang perlu ditambah baik, serta peraturan-peraturan dan piagam pelanggan yang wajar dikemas kini supaya lebih menepati keperluan rakyat.

\”Arahan itu bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuh usaha pemantapan tatakelola dalam sistem pengurusan penyampaian perkhidmatan kerajaan,\” katanya menerusi surat edaran yang ditandatanganinya bertarikh pada 19 Ogos.

Beliau berkata bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan secara teratur, JP4 kementerian, jabatan dan agensi perlu menghantar laporan prestasi penyampaian perkhidmatan kepada Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (BPPD JPA).

\”Laporan secara berkala perlu dihantar setiap tiga bulan bagi tujuan pelaporan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA),\” katanya.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu diharap dapat diberikan perhatian sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berintegriti dapat direalisasikan.- BERNAMA

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...