Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Kemeja-T dipakai seorang lelaki bukan pakaian penugasan rasmi PDRM
Nasional

Kemeja-T dipakai seorang lelaki bukan pakaian penugasan rasmi PDRM

BALIK PULAU, 3 September- Kemeja-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang dipakai seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh bukan untuk penugasan rasmi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata hasil siasatan mendapati kemeja-T dipakai lelaki itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman dan gotong-royong.

\”Pihak polis telah mengesan satu video tular berdurasi 19 saat pada 1.30 tengah hari semalam memaparkan seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera tulisan ‘IPD Barat Daya’ dan logo ‘PDRM’.

\”Hasil siasatan mendapati baju itu dicetak pada 2016 untuk kegunaan aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya serta bukan bagi penugasan rasmi IPD Barat Daya,\” katanya dalam kenyataan.

Kamarul Rizal sehubungan itu menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu dan pihaknya mengambil maklum isu terbabit.

Terdahulu tular rakaman video berdurasi 23 saat memaparkan lelaki tempatan merakamkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai kemeja-T tertera logo PDRM serta nama IPD Barat Daya. – BERNAMA

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...