Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Kembara Sains Borneo menjelajah ke 10 kawasan di Sabah dan lima di Sarawak
Nasional

Kembara Sains Borneo menjelajah ke 10 kawasan di Sabah dan lima di Sarawak

Kembara Sains Borneo menjelajah ke 10 kawasan di Sabah dan lima di Sarawak

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal

KUALA LUMPUR, 24 Julai-Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi terus diperkasa bagi mendekati golongan sasar menerusi Kembara Sains Borneo (KSB) yang dilaksana melalui inisiatif Minggu Sains Negara (MSN) 2024 .

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pelaksanaan KSB pada tahun ini melibatkan 10 kawasan di Sabah dan lima kawasan di Sarawak.

Menurut beliau, sepanjang pengembaraan KSB, pelbagai aktiviti dan program akan dilaksana bersama masyarakat setempat dalam membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

Program tersebut bakal mendorong pelajar dan golongan belia khususnya untuk lebih cenderung memanfaatkan STI bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi negara.

\”Satu masalah negara hadapi kurangnya pelajar yang cenderung kepada sains tapi harapan kita melalui pendekatan program STI MOSTI ini kita dapat membantu dalam usaha memastikan rakyat setempat ambil peluang, tingkatkan fahaman dan tingkatkan ilmu dan seterusnya menjadi pengguna sains, inovasi dan teknologi yang boleh bantu pertumbuhan ekonomi negara kita,\”katanya.

Kongsinya, pada tahun 2023, penganjuran MSN mencatat hampir 600,000 penyertaan seluruh negara.

Pihaknya komited meneruskan kejayaan itu secara lebih hibrid sepanjang tahun ini dengan menggunakan dua kaedah iaitu secara karnival dan aktiviti menerusi platform maya.

Yusof ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Related Articles

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 
Nasional

Hari Inovasi Negeri Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar tahun depan 

Exco Sains, Teknologi, Inovasi  dan Komunikasi Digital Melaka, Datuk Fairul Nizam RoslanAYER...

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara
Nasional

KPKT lulus 7,243 MyKiosk di seluruh negara

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming/ BERNAMASUBANG JAYA, 6 Disember–...

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia
Nasional

Pertandingan dan Pesta Batik Lestari, martabat karya batik tempatan di mata dunia

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 5 Disember – Penganjuran Pertandingan Reka Bentuk Batik Lestari...

Daerah Jeli kembali dilanda banjir
Nasional

Daerah Jeli kembali dilanda banjir

Foto RTMTUMPAT, 5 Disember – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah...