Home Nasional Kematian prospek disebabkan pendarahan pada bahagian kepala
Nasional

Kematian prospek disebabkan pendarahan pada bahagian kepala

Kematian prospek disebabkan pendarahan pada bahagian kepala

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Disember- Kematian seorang tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 12 Nov lepas semasa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II adalah disebabkan pendarahan dalaman pada bahagian kepala.

Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan prospek merupakan tahanan reman lelaki berumur 32 tahun.

Prospek dimasukkan ke Penjara Pengkalan Chepa atas kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan tiada masalah kesihatan.

Menurut Jabatan Penjara, satu laporan polis telah dibuat berkaitan kes kematian tahanan reman pada hari sama oleh pegawai penjara bertugas.

\”Berdasarkan laporan pegawai perubatan dan siasatan pegawai penjara, hakim koroner telah mengesahkan punca kematian dan pihak keluarga prospek berpuas hati dengan keterangan yang diberikan seterusnya jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan,\” menurut kenyataan itu.

Namun, pada 16 Disember keluarga prospek membuat satu laporan polis berkaitan punca kematian prospek.

\”Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk sebarang siasatan yang dilaksanakan,\”

Bagaimanapun Jabatan Penjara memohon kerjasama daripada orang awam supaya tidak menyebar luas berita yang tidak sahih berkaitan kejadian kes berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....