Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kemasukan pelajar STEM meningkat – KPM
Nasional

Kemasukan pelajar STEM meningkat – KPM

Kemasukan pelajar STEM meningkat – KPM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Peratusan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan matematik (STEM) meningkat sebanyak lima peratus dalam tempoh dua tahun kepada 45.73 peratus berbanding 40.95 peratus pada 2021.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata ia terus meningkat kepada 50.83 peratus pada 2024.

\”Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha memperkasakan STEM.

\”Ketiga-tiga kementerian ini akan membentuk satu jawatankuasa bersama untuk mengendalikan isu berkenaan pendidikan STEM dan juga permintaan daripada industri berkenaan dengan pakar-pakar STEM kita,\” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Lim Pay Hen di Dewan Negara di sini.

KPM turut akan melaksanakan segera program bersama saintis di 100 sekolah terpilih di seluruh negara dalam usaha meningkatkan minat pelajar kepada bidang STEM.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...