Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kemasukan guru Bahasa Inggeris, KPM sambut baik cadangan Singapura
Nasional

Kemasukan guru Bahasa Inggeris, KPM sambut baik cadangan Singapura

Kemasukan guru Bahasa Inggeris, KPM sambut baik cadangan Singapura

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik cadangan Singapura dengan kemasukan guru Bahasa Inggeris secara sukarelawan ke Malaysia.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ini merupakan hubungan diplomatik yang cukup baik antara kedua-dua negara.

\”Alhamdulillah, saya ingat di Dewan Rakyat, negeri kita mengalu-alukan dan menyambut baik cadangan daripada pihak Singapura dan juga kenyataan daripada Perdana Menteri Malaysia.

\”Saya nak tekankan ini adalah hubungan diplomatik yang cukup baik antara Malaysia dan Singapura.

\”Kedua, kita sedang mengemas kini daripada segi garis panduan dan juga mekanisme menguruskan, bagaimana proses kemasukan sukarelawan guru Bahasa Inggeris ini ke Malaysia kerana ia bukan satu perkara asing.. ia telah dilaksanakan sebelum ini dengan Amerika Syarikat, Korea dan lain-lain.

\”Saya tidak fikir ia perkara yang sukar untuk kita laksanakan, malah kita mengalu-alukan kerana kepentingan itu bukan saja setakat informasi tapi juga memberikan kesan kepada penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan anak-anak kita.. insya-Allah,\” katanya kepada media selepas selesai Majlis Peluncuran Koleksi Merdeka Prospek KPM X Fazura di sini.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...