Home Nasional Kemaman dilanda ribut lagi
Nasional

Kemaman dilanda ribut lagi

Kemaman dilanda ribut lagi

Foto Media Sosial

KEMAMAN, 25 Oktober – Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut menyebabkan kerosakan rumah di beberapa buah kampung sekitar kawasan Chukai dan Kijal.

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.00 petang itu menyebabkan 33 buah rumah dan sebuah kolej terjejas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, setakat ini lapan buah rumah dikenal pasti terjejas di Kampung Titian Berayun, lapan di Kampung Tengah Kijal, 15 di Taman Fikri, sebuah rumah dan sebuahKolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Mak Lagam.

\”Beberapa kanopi peniaga kecil di kawasan Kijal turut diterbangkan angin, namun kejadian itu tidak seteruk ribut kuat yang melanda pada Rabu lalu,\” kata Hanyan ketika dihubungi RTM.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu beliau meminta orang ramai agar tidak menularkan sebarang video dan gambar kejadian dengan keterangan yang menimbulkan kegusaran awam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....