Home Nasional Kemalangan tiga kenderaan satu maut, satu parah
Nasional

Kemalangan tiga kenderaan satu maut, satu parah

Kemalangan tiga kenderaan satu maut, satu parah

Kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Dungun

DUNGUN, 15 Mac- Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di sini petang semalam.

Nahas dikatakan berlaku di jalan Durian Mentangau ke Citrus Valley berhampiran Kampung Durian Mentangau kira-kira pukul 7.22 petang.

Dalam kemalangan itu mangsa, Muhammad Syamiel Haiqal Ramli berusia 26 tahun, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Sementara itu rakan mangsa Ahmad Daniel Ikhwan Mohd, berumur 23 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kemalangan itu.

Menurut Superintenden Maizura, ketika kejadian mangsa dan rakannya itu dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Dungun menuju ke Kampung Durian Mentangau.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha 125Z ditunggang mangsa dikatakan telah bergesel dengan motosikal rakannya itu sebelum hilang kawalan lalu melanggar bahagian kiri sebuah kereta Perodua Alza di laluan sama.

Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa tercampak ke bahu kiri jalan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sejurus selepas kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Dungun manakala rakannya yang parah dibawa ke Unit Kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

Kes akan disiasat bawah seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...