Home Nasional Kemalangan maut KM 264.7: Pemandu pacuan empat roda merah tampil beri keterangan
Nasional

Kemalangan maut KM 264.7: Pemandu pacuan empat roda merah tampil beri keterangan

Kemalangan maut KM 264.7: Pemandu pacuan empat roda merah tampil beri keterangan

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

IPOH, 5 April– Pemandu kenderaan pacuan empat roda berwarna merah yang dikaitkan dalam video insiden kemalangan maut di Kilometer 264.7 Lebuh Raya Utara-Selatan Ipoh, Perak pada 30 Mac lalu, telah tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad menerusi kenyataan berkata rakaman keterangan telah dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi menilai tahap keterlibatan kenderaan tersebut dalam kejadian.

Siasatan masih diteruskan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelbagai aspek termasuk laporan forensik, keterangan saksi dan rakaman dashcam sedang dianalisis bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Sementara itu, pemandu kenderaan yang juga merupakan suami kepada mangsa, masih mengalami trauma akibat kejadian.

Beliau menghadapi kesukaran untuk memberikan keterangan kerana mengalami kecederaan serius dengan 15 jahitan di dalam mulut.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak keluarga mangsa membuat satu laporan polis pada 4 April lalu berhubung kehilangan barang kemas milik mangsa.

Related Articles

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka
Nasional

183 aduan MyJPJ direkod sepanjang Op Khas HRA 2025 di Melaka

Foto FailBUKIT PIATU, 9 April- Sebanyak 183 aduan diterima berkaitan kesalahan yang...

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman
Nasional

Op HRA: JPJ KL keluarkan 4,559 notis saman

Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala...

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 104 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 April- Seramai 309 orang daripada 104 keluarga terjejas...

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera
Nasional

Kebakaran Putra Heights: MCMC ambil tindakan segera

Foto Facebook MCMCCYBERJAYA, 8 April– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil...