Home Nasional Kem Angkasa Kebangsaan 2024, dedah pelajar kepada sains, teknologi
Nasional

Kem Angkasa Kebangsaan 2024, dedah pelajar kepada sains, teknologi

Kem Angkasa Kebangsaan 2024, dedah pelajar kepada sains, teknologi

Chang Lih Kang

CYBERJAYA, 29 Julai- Kem Angkasa Kebangsaan 2024 julung kali diadakan dijangka dapat mendedahkan pelajar dan masyarakat kepada misi Eksplorasi Angkasa Malaysia 2030 (MSE2030) serta sains dan teknologi angkasa.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata, beliau yakin usaha itu dapat menarik minat pelajar terhadap pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ia juga dilihat akan melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dalam bidang berkenaan khususnya dalam sektor angkasa.

\”Kami menyasarkan 800 hingga 1,000 peserta. Jadi semuanya kira-kira 5,000 peserta, ia akan menjadi sasaran kami.

\”…dan kami berharap kami program berkenaan akan diperbanyakkan lagi kepada lokasi-lokasi lain dalam negara,\” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kem Angkasa Kebangsaan 2024 di sini.

Program tersebut akan berlangsung pada Oktober hingga awal Disember yang akan melibatkan pelajar sekolah rendah, menengah, institusi pendidikan tinggi (IPT) dan orang awam.

Kem Angkasa Kebangsaan 2024 bertemakan \’Teknologi dan Pengembaraan Angkasa\’ merupakan program kerjasama antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta agensi swasta Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education United Kingdom.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...