Home Nasional Kem AMAR IPMa, bentuk jati diri pelajar
Nasional

Kem AMAR IPMa, bentuk jati diri pelajar

Kem AMAR IPMa, bentuk jati diri pelajar

Foto SPRM

LENGGONG, 21 Julai- Seramai 88 ahli kepimpinan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) menyertai Kem AMAR Institusi Pendidikan MARA (IPMa) tahun 2024.

Program berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Julai lalu, bertempat di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Lenggong, Perak.

Menurut SPRM, program berkenaan dapat membentuk jati diri pelajar dalam berdepan dengan pelbagai cabaran pada masa hadapan.

Ia melalui pembentukan sebuah generasi yang lebih holistik, berketerampilan, berdaya saing, berprinsip antirasuah serta berintegriti tinggi, seiring dengan falsafah pendidikan MARA dan negara.

\”Sepanjang program ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan antaranya sesi perkongsian bersama pegawai-pegawai kanan SPRM serta cambahan idea dalam kalangan pemimpin AMAR sendiri menerusi pelbagai aktiviti luar, segmen Gerakan Antirasuah (GeAR), penghasilan video pendek FYP serta Sesi Pembentangan Aktiviti Antirasuah (SPAAR),\” menurut kenyataan tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....