Home Nasional Keluar simpang mengejut, kemalangan di Setiu ragut satu nyawa
Nasional

Keluar simpang mengejut, kemalangan di Setiu ragut satu nyawa

Keluar simpang mengejut, kemalangan di Setiu ragut satu nyawa

Foto Hiasan

SETIU, 31 Disember– Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, malam tadi.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8.25 malam di Kilometer 63 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Chalok Kedai Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata kemalangan melibatkan kenderaan jenis proton dengan sebuah pacuan empat roda.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu Muhammad Hadiq Haiqal Herman, 23 tahun telah keluar secara mengejut dari simpang rumahnya di Kampung Rahmat Felda Chalok untuk ke jalan utama.

Sementara itu, mangsa Mohd Fairul Azwa Ramli, 34 tahun yang ketika itu sedang dalam perjalanan dari Bandar Permaisuri ke Kuala Terengganu di laluan lurus, tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan tersebut.

Mohd Fairul Azwa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan bertugas manakala seorang lagi rakannya Nor Azmi Daud, 46 tahun mengalami kecederaan parah.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Pemandu dan penumpang pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....