Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Kekalkan kemerdekaan tanggungjawab bersama, tidak kira perbezaan fahaman
Nasional

Kekalkan kemerdekaan tanggungjawab bersama, tidak kira perbezaan fahaman

Kekalkan kemerdekaan tanggungjawab bersama, tidak kira perbezaan fahaman

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Usaha mengekalkan kemerdekaan menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata meskipun berbeza latar belakang dan fahaman politik, usaha itu perlu digalas bersama demi membangunkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

\”Apabila kita merdeka, negara tidak boleh kembali seperti dahulu, kita perlu pastikan kestabilan politk, pembangunan ekonomi yang teratur dan kesejahteraan rakyat, ini sangat penting.

\”Tidak kira parti politik, kita bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan politik, pembangunan ekonomi yang baik dan kesejahteraan rakyat,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka di ibu negara.

Terdahulu, Johari menerima Baton Jalur Gemilang sebagai kesinambungan jelajah Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (WPKLP).

Pada Sabtu, Baton Jalur Gemilang diserahkan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil sebagai simbolik permulaan jelajah KMJG peringkat WPKLP.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...