Home Nasional Kekal relevan, undang-undang digubal perlu bersifat dinamik – Sultan Nazrin
Nasional

Kekal relevan, undang-undang digubal perlu bersifat dinamik – Sultan Nazrin

Kekal relevan, undang-undang digubal perlu bersifat dinamik – Sultan Nazrin

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

TAIPING, 29 Julai- Undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan serta berupaya memenuhi keperluan, situasi, cabaran, kemajuan dan teknologi semasa.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti klausa-klausa di dalam enakmen yang tidak lagi relevan atau didapati kurang sesuai dengan perkembangan semasa.

Titah baginda, ia bagi meningkatkan kualiti sistem perundangan dan kehakiman syariah di negeri Perak.

\”Klausa-klausa dan peraturan-peraturan sedia ada, yang dilihat boleh menghalang, melewatkan dan menggelincirkan proses keadilan, merangkumi kaedah penguatkuasaan dan hukuman yang dikenakan, perlu dimusyawarahkan untuk dilakukan pindaan dan penambahbaikan,\” titah baginda bersempena perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Taiping yang merupakan bangunan kelapan yang dimiliki dan ditadbir oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak di sini.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Baginda turut menyeru agar kerajaan negeri mempertimbangkan peruntukan dalam Belanjawan 2025, agar kemudahan sistem teknologi perbicaraan seperti rakaman audio dan transkrip rakaman yang sudah diguna pakai di mahkamah sivil turut digunakan di mahkamah syariah.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...