Home Nasional Kejohanan Sukan Masjid-Masjid JAWI, 450 peserta terlibat
Nasional

Kejohanan Sukan Masjid-Masjid JAWI, 450 peserta terlibat

Kejohanan Sukan Masjid-Masjid JAWI, 450 peserta terlibat

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Sharidah Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Fungsi masjid boleh diperluas kepada aktiviti yang menyihatkan badan dan bukan hanya tertumpu pada program ibadah.

Sehubungan itu, Masjid Muhammadi dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) mengambil peluang menyertai Kejohanan Sukan Masjid-Masjid bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Sharidah Zainal Abidin, program itu melibatkan 450 peserta terdiri dari kariah 12 buah masjid seliaan JAWI.

Lima jenis sukan dipertanding iaitu ping pong, karom, futsal, badminton dan bola jaring.

\”Alhamdulillah, ini merupakan salah satu program yang mana selain aktiviti pengimarahan masjid, ini juga merupakan aktiviti untuk mengeratkan silaturrahim dan mengamalkan gaya hidup sihat,\” kata Sharidah kepada pemberita, hari ini.

\”Alhamdulilah, Masjid Muhammadi, Angkasapuri dapat menyertai program sukan yang dianjurkan JAWI Zon 6. Kami telah menghantar penyertaan untuk kali kedua, dan kami telah menjuarai edisi kali ini,\” kata Ismail Seman kepada pemberita.

Program tersebut merupakan acara sukan tahunan yang dilaksana JAWI, selari dengan usaha kerajaan merakyatkan sukan dalam kehidupan masyarakat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....