Home Nasional Kejohanan silat di Labuan, disertai lebih 700 peserta
Nasional

Kejohanan silat di Labuan, disertai lebih 700 peserta

Kejohanan silat di Labuan, disertai lebih 700 peserta

Foto FB BES Labuan

LABUAN, 4 Ogos- Lebih 700 peserta menyertai Kejohanan Silat Olahraga dan Seni Jemputan Borneo 2024 di Labuan.

Kejohanan itu julung kali dianjurkan Persatuan Seni Silat Kebangsaan (PESAKA) Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Ia disertai 23 persatuan seni silat dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Brunei

Beberapa kategori dipertandingkan melibatkan pelbagai peringkat umur dengan mempamerkan bakat masing-masing.

Yang Dipertua PESAKA Labuan, Mohd Khairul Abd. Ghani memaklumkan, kejohanan yang dianjurkan bermatlamat memupuk pemahaman tentang seni mempertahankan diri dan ekspresi budaya.

\”Penganjurannya menonjolkan kekayaan warisan budaya dan kemahiran seni mempertahankan diri peserta.

\”Kejohanan berkenaan bakal menjadi acara penting dalam kalendar seni mempertahankan diri,\” katanya kepada pemberita di sini.

Kejohanan selama tiga hari itu diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan dan majlis perasmian disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....