Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Kejayaan PPPM : Kadar keciciran menurun, enrolmen TVET meningkat
Nasional

Kejayaan PPPM : Kadar keciciran menurun, enrolmen TVET meningkat

Kejayaan PPPM : Kadar keciciran menurun, enrolmen TVET meningkat

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 21 November – Kadar keciciran murid sekolah menengah menurun secara konsisten dan peningkatan peratus enrolmen Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sejak 2019 antara hasil kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) setakat ini, yang bertujuan meningkatkan akses, kualiti dan kecekapan pendidikan di Malaysia.

Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata pada 2019, data keciciran murid sekolah menengah mencatatkan sebanyak 1.14 peratus dan menurun kepada 1.13 peratus pada 2020, 2021 (1.11 peratus), 2022 (0.99 peratus) dan 0.83 peratus pada 2023.

“Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam menangani isu keciciran pelajar dengan melaksanakan pelbagai intervensi bagi memastikan mereka kembali ke sekolah. Pada tahun 2023, Program Outreach Murid Cicir berjaya mengembalikan seramai 1,269 murid sekolah rendah dan 2,006 pelajar sekolah menengah ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas baru-baru ini yang turut menyentuh mengenai signifikan dan kejayaan PPPM serta reformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Berdasarkan statistik KPM, kadar penyertaan murid sekolah rendah pada tahun 2023 adalah 99.11 peratus dan ia menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 0.89 peratus kanak-kanak yang masih belum mendapatkan akses pendidikan di peringkat sekolah rendah.

KPM turut melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menarik minat murid menceburi program kemahiran yang ditawarkan di Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Teknik (SMT), dan aliran kemahiran di sekolah menengah harian. Hasilnya, kadar kebolehpasaran pelajar program TVET di KV mencapai 99.38 peratus pada 2022.

Inisiatif tersebut termasuk jerayawara KV dan SMT sepanjang Karnival MADANI berlangsung, program peluasan Sistem Latihan Dual Nasional, serta kerjasama dengan pemain industri seperti Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (Pikom), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), dan Persatuan Pereka Fesyen Malaysia (MODA).

Katanya, struktur Kurikulum Standard Kolej Vokasional terbahagi kepada 70 peratus amali dan 30 peratus teori, yang menunjukkan keutamaan diberikan kepada aspek kemahiran praktikal (hands-on).

KPM turut merancang untuk menawarkan program baharu dan berimpak tinggi dalam bidang seperti kecerdasan buatan, teknologi automotif kenderaan elektrik, dan teknologi hidrogen. – Bernama

Related Articles

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500
Nasional

Miliki 300 liter diesel tanpa lesen, lelaki tempatan didenda RM3,500

Foto KPDN LABUAN, 30 April- Seorang lelaki tempatan didenda Mahkamah Sesyen di...

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual
Nasional

Semua pihak harus berani bertindak, tangani gangguan seksual

Tangkap layar rakaman video pemandu e-hailing ketika ditahan orang awamKUCHING, 30 April-...

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia
Nasional

Presiden Maldives Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu diberi kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan...

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau
Nasional

Anwar hubungi pemimpin Kemboja, Singapura bincang isu Myanmar dan perdagangan serantau

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 29 April – Perdana Menteri, Datuk Seri...