Home Nasional Kedai karpet tiga pintu hangus
Nasional

Kedai karpet tiga pintu hangus

Kedai karpet tiga pintu hangus

Kedai karpet binaan kayu tiga pintu musnah terbakar di Jalan Besar, Kuantan, petang semalam

KUANTAN, 20 Oktober – Kedai karpet tiga pintu musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Besar, Kuantan, petang semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Md Gezani Md Ghazi berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Pahang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.45 petang.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, BBP Indera Mahkota dan BBP Gebeng digegaskan ke lokasi kejadian.

Seramai 32pegawai dan anggota melakukan pemadaman menggunakan dua aliran hos 600 kaki dan empat pancutan air tangki pam jentera dan pili bomba.

Kerja penyejukan dan kerja \’overhaul\’ di lokasi dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Kedai dengan binaan kayu ini musnah sepenuhnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....