Sunday , 22 September 2024
Home Nasional Kedai GISBH di Terengganu banyak ditutup
Nasional

Kedai GISBH di Terengganu banyak ditutup

Kedai GISBH di Terengganu banyak ditutup

Tinjauan RTM mendapati kebanyakan premis perniagaan GISBH ditutup

KUALA TERENGGANU, 22 September – Beberapa premis perniagaan yang dikendalikan oleh GISB Holdings (GISBH) di Terengganu, termasuk di bandaraya Kuala Terengganu dan Gong Badak, didapati telah ditutup sejak Khamis lalu.

Tinjauan RTM mendapati restoran dan kedai bakeri GISBH di beberapa lokasi tersebut tidak lagi beroperasi seperti biasa.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin ketika dihubungi RTM berkata, bahawa pihaknya akan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa yang ada serta keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri.

\”Kami sedang menunggu hasil siasatan sama ada organisasi ini terlibat dengan unsur ajaran sesat atau sebaliknya,\” katanya ketika dihubungi RTM Terengganu.

Beliau turut memaklumkan bahawa pegawai dan anggota bahagian penguatkuasa JHEAT akan terus memantau aktiviti GISBH di negeri ini.

\”Pemantauan rapi sedang dijalankan bagi memastikan tiada kegiatan menyalahi undang-undang berlaku,\” tambahnya lagi.

Semalam, RTM melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 155 orang suspek melibatkan 78 lelaki dan 77 wanita di 82 premis milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dalam Op Global Fasa 4 di seluruh semenanjung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan itu dibuat susulan serbuan di premis melibatkan rumah amal, klinik premis perniagaan, Ma’ahad dan rumah persendirian.

Dalam operasi itu seramai 186 mangsa terdiri daripada 102 lelaki dan 84 wanita telah berjaya diselamatkan termasuk seorang kanak-kanak yang tular di media sosial sedang dirotan oleh seorang lelaki dipercayai ahli GISBH.

BERITA BERKAITAN:

  • GISBH: Enam kitab berkaitan Al-Arqam dirampas JHEAIPP
  • GISBH : Sultan Selangor dukacita, titah tindakan tegas pihak lakukan jenayah libat kanak-kanak, ajaran sesat
  • Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISBH di Kelantan
  • Polis tahan 31 individu termasuk 17 berjawatan di GISBH
  • Polis serbu rangkaian perniagaan dipercayai ada kaitan GISBH
  • Eksploitasi kanak-kanak, CEO GISBH antara 19 direman
  • Nasab anak-anak GISBH ditentukan selepas disahkan mahkamah syariah
  • CEO GISBH, isteri & anak bekas pemimpin Al-Arqam antara 19 ditahan

Related Articles

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh
Nasional

DBKU pertimbang bina laluan bawah tanah di bulatan Datuk Menteri Abang Mohamad Zin Saleh

FOTO DBKUKUCHING, 22 September- Dewan Bandaraya Kuching Utara, DBKU sedang mempertimbang cadangan...

Situasi banjir di Perak tidak berubah
Nasional

Situasi banjir di Perak tidak berubah

FOTO APM KERIANKERIAN, 22 September- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal...

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang
Nasional

Banjir Kedah: Jumlah penduduk dipindahkan hampiri 9,000 orang

Foto RTMALOR SETAR, 22 September – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah...

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia
Nasional

Festival Budaya Putrajaya 2024 meriah, berpotensi promosi seni budaya dan warisan Malaysia

Foto RTMPUTRAJAYA, 21 September – Festival Budaya Putrajaya 2024 yang berlangsung dengan...