Home Nasional Kebocoran paip: 8,556 pengguna di Labuan alami gangguan bekalan air
Nasional

Kebocoran paip: 8,556 pengguna di Labuan alami gangguan bekalan air

Kebocoran paip: 8,556 pengguna di Labuan alami gangguan bekalan air

Paip pumping fasa dua bersaiz 800 milimeter berdekatan Stesen Rumah Pam Rancha-Rancha didapati bocor.

LABUAN, 15 Julai– Sebanyak 18,556 pengguna akaun berdaftar di Bahagian Bekalan Air Labuan mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini.

Bahagian Bekalan Air (BBA) Labuan memaklumkan gangguan itu berpunca daripada paip pumping fasa dua bersaiz 800 milimeter yang bocor berdekatan Stesen Rumah Pam Rancha-Rancha.

\”Antara kawasan terjejas, seluruh kawasan bandar, District Metered Area (DMA) Layangan, DMA Kiansam, DMA Lajau dan DMA Pohon Batu satu dan dua.

\”Kerja-kerja pembaikan telah bermula pagi tadi dengan menggantikan Tee Pipe baharu termasuk dua unit Mechanical Coupling 800 milimeter dan satu unit Flange Adaptor 800 milimeter.

\”Notis gangguan telah dikeluarkan lebih awal iaitu pada 4 Julai untuk pengguna bersedia menghadapi gangguan tersebut,\” menurut kenyataan itu.

Kenyataan turut memaklumkan kebocoran tersebut menyebabkan sebanyak 81,000 liter air sehari tidak dapat disalurkan kepada pengguna.

\”Sebanyak 67 unit tangki statik diletakkan di kawasan berhampiran untuk kegunaan pengguna, manakala empat unit lori tangki berada dalam keadaan bersedia untuk penghantaran terus ke rumah pengguna yang terjejas.

\”Air bersih dijangka dapat disalurkan kepada pengguna dalam masa dua atau tiga hari lagi,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....