PONTIAN, 16 April- Sebuah rumah di Kampung Sungai Chengkih, Pontian, Johor musnah dalam kebakaran kir-kira pukul 4.30 pagi tadi.
Kebakaran turut memusnahkan empat buah motosikal.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat memaklumkan bahawa ketiga-tiga penghuni berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri.
Mereka adalah Aminah Ahmad, Mohd Nizam Mohd Nor dan Anuar Md Noor.
\”Operasi memadam kebakaran turut melibatkan bantuan dari BBP Pekan Nenas, seramai 15 orang. Turut terlibat sebuah jentera dan tanker air.
\”Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pukul 6.30 pagi tadi,\” katanya menerusi kenyataan.