Home Nasional Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu
Nasional

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu

Kebakaran bilik suis utama HTJ, elektrik bangunan utama terganggu

Kebakaran di bilik suis utama Hospital Tuanku Ja\’afar

SEREMBAN, 26 Disember- Bilik suis utama Hospital Tuanku Ja\’afar (HTJ) terbakar kira-kira pukul 12.38 minit tengah hari tadi menyebabkan gangguan bekalan elektrik di bangunan utama hospital berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan Datuk Dr Harlina Abdul Rashid dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran tersebut tidak menjejaskan bangunan lain.

\”Pelan Kesinambungan Perkhidmatan telah diaktifkan bagi memastikan perkhidmatan penyampaian hospital tidak terjejas.

\”Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba dilokasi kejadian kira-kira pukul 12.48 minit tengah hari dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 1.35 minit petang,\” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan JBPM sedang melakukan siasatan lanjut berhubung insiden itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan apa-apa maklumat yang tidak ditentukan kesahihannya bagi menjamin integriti siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....