Home Nasional Kebajikan masyarakat India terus diberi perhatian dalam Belanjawan 2025
Nasional

Kebajikan masyarakat India terus diberi perhatian dalam Belanjawan 2025

Kebajikan masyarakat India terus diberi perhatian dalam Belanjawan 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan media masyarakat India hari ini / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 September – Keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan bagi melaksanakan beberapa program khusus seperti sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan golongan itu, malah sentiasa menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah disalur untuk bakul makanan sempena perayaan Deepavali manakala RM20 juta bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

\”Sebelum ini juga kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain menambah beberapa dana seperti bantuan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk masyarakat India,\” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata beliau telah menyampaikan amanat mengenai usaha kerajaan terhadap masyarakat India itu sewaktu pertemuan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan media masyarakat India hari ini serta mengingatkan hadirin kepentingan mengekalkan keharmonian antara semua kaum.

“Semoga taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan,” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....