Home Nasional KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISBH
Nasional

KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISBH

KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISBH

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 November- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Beliau berkata siasatan polis dalam kes itu menemukan semua kriteria di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang melayakkan kegiatan GISBH dikategorikan sebagai kumpulan jenayah terancang.

“Yang pertama, pelakunya lebih daripada dua orang manakala yang kedua, ia membabitkan satu objektif, di sini eksploitasi kanak-kanak dan ketiga, ada elemen keuntungan dari segi material.

“Jadi pada pertimbangan polis, siasatan ini mengikut jalur Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang membolehkan kegiatan ini ditafsirkan sebagai kumpulan jenayah terancang maka kita guna pakai SOSMA dan terdapat 22 orang yang kita kenakan tuduhan,” katanya ketika menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Menyentuh siasatan berkaitan isu 3R (institusi raja, agama dan kaum) yang dikendali oleh Bukit Aman sejak Mac 2023, Saifuddin Nasution berkata setakat ini, terdapat 182 kertas siasatan dibuka melibatkan 138 kes telah diselesaikan manakala 44 lagi masih dalam proses siasatan.

“Antara contoh penghinaan ialah ucapan yang merendahkan institusi raja atau agama termasuk serangan yang dikategorikan sebagai hinaan yang teruk. Kes ini melibatkan individu dari pelbagai latar belakang kaum seperti Melayu, Cina dan India,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata penggunaan peruntukan di bawah Akta Hasutan 1948 dan ordinan lain adalah bagi menangani isu tersebut yang dianggap sensitif serta menjaga keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. – BERNAMA

Related Articles

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan
Nasional

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM rasmi sambutan

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Lebih 10,000 warga kerja dari...

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM
Nasional

Malaysia perlu imbang hubungan AS, rakan serantau – PM

FOTO FACEBOOK Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 1 Mei- Malaysia perlu mengekalkan keseimbangan dalam...

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok
Nasional

Presiden Kosovo mulakan lawatan sulung ke Malaysia esok

Presiden Kosovo, Dr. Vjosa Osmani Sadriu / Foto REUTERSPUTRAJAYA, 30 April-Presiden Kosovo,...

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta
Nasional

MAIS perkenal kad pengenalan khas PPI, cegah penipuan pengurusan harta

Pengerusi MAIS Datuk Salehuddin Saidin ditemui pemberita selepas Majlis Penghargaan Rakan Media...