Home Nasional KDN pantau penerbitan al-Quran versi digital dan braille
Nasional

KDN pantau penerbitan al-Quran versi digital dan braille

KDN pantau penerbitan al-Quran versi digital dan braille

Datuk Seri Saifuddin (tiga,kanan) melancarkan Garis Panduan Penulisan al-Quran Braille Standard Malaysia di Kuala Nerus, pada Ahad

KUALA NERUS, 15 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan memantau setiap penerbitan Al-Quran versi digital dan braille bagi mengelakkan berlaku sebarang kesilapan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan segera akan diambil pihaknya jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.

\”Kita ambil ini sebagai tanggungjawab kita… maknanya kalau mereka (penerbit) hasilkan Al-Quran digital sekalipun, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN (PK KDN) ada keupayaan untuk menguruskannya.

\”Saya yakin ia mampu mengurangkan sebarang potensi berlaku kecacatan dari segi penghasilan Al-Quran versi digital… termasuk Al-Quran versi braille,\” katanya selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) KDN di sini, semalam.

Beliau turut melancarkan Garis Panduan Penulisan al-Quran Braille Standard Malaysia untuk memastikan keseragaman cetakan versi braille dengan versi biasa selain Sistem Tasheh yang menggunakan kemajuan teknologi untuk proses semakan pruf akhir.

Saifuddin juga berkata al-Quran yang diimport dari luar untuk tujuan edaran dalam negara juga tertakluk kepada Akta Percetakan Teks al-Quran.

Menurutnya, setakat Jun lepas, KDN telah merampas 22,414 unit teks/bahan al-Quran import yang tidak menepati standard ditetapkan Malaysia bernilai RM3.2 juta.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...